SEJARAH SEKOLAH

Bangunan asal SK Batu Maung 1884 


         Sekolah Kebangsaan Batu Maung atau nama ringkasnya SK Batu Maung, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Bayan Lepas.

         Sekolah ini telah diasaskan pada tahun 1884.Ia diasaskan pada waktu itu oleh kerajaan Inggeris bagi memberi pendidikan asas kepada penduduk di persekitaran Batu Maung.

         Pada waktu ini, sekolah ini telah dimasukkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Disebabkan kekangan kawasan dan mempunyai murid yang ramai, sekolah ini telah megadakan 2 sesi pembelajaran iaitu sesi pagi bagi murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6) manakala sesi petang bagi murid Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3).
       Pada 2017, Sekolah Kebangsaan Batu Maung memiliki 384 pelajar lelaki dan 348 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 732 orang. Ia mempunyai seramai 47 orang guru.

SEJARAH RINGKAS SKBM


Sekolah Pertama                        
Asalnya sebuah rumah kampung berbentuk rumah orang melayu. Sekolah ini terletak di sebelah barat Kampung Batu Maung dengan bilangan murid seramai 40 orang bersama 2 orang guru. 


Sekolah Kedua                        
Sekolah kedua merupakan sebuah rumah kampung berbentuk rumah orang melayu. Sekolah ini terletak menghala ke timur dari sekolah pertama. 


Sekolah Ketiga                        
Didirikan dengan daya usaha dan tenaga orang Kampung Batu Maung. Sekolah ini bentuknya seperti rumah panjang. 


Sekolah Keempat                        
Didirikan oleh Kerajaan British di suatu kawasan lapang, iaitu di tapak sekolah sekarang ini. Sekolah ini merupakan sebuah bangunan dua tingkat. Semasa pemerintahan Jepun, sekolah ini ditadbir oleh pemerintah tentera. 


Sekolah Kelima                        
erkembangan sekolah ini bertambah pesat. Pelbagai usaha untuk kemajuan pelajaran anak bangsa telah dilakukan. Usaha untuk mencurahkan ilmu kepada setiap anak didik di sekolah ini diteuskan sehingga negara mencapai kemerdekaan. Hasil usaha yang berterusan, maka kini tersergam bangunan sekolah yang lebih besar selaras dengan pertambahan bilangan murid – muridnya yang berjumlah 310 orang pada tahun 1987. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Anwar Ibrahim (Menteri Pelajaran) pada 14 Februari 1987. Oleh sebab pertambahan penduduk di kawasan Batu Maung ini berkembang dengan pesat, maka bilangan bilik darjah yang sedia ada tidak lagi dapat menampung jumlah pelajar yang kian meningkat itu. Dengan ini, sebuah bangunan tambahan tiga tingkat telah didirikan dan beroperasi pada 17 Januari 2000. Selepas itu, beberapa pengubahsuaian juga telah dilakukan seperti mengubahsuai tempat meletak kenderaan kepada pondok pengawal.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejohanan Sukan Tahunan SKBM 2019

Projek Pembinaan Pagar Sekolah 2020